KENINGAU:Dua kanak-kanak hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Kampung Dangulad, di sini, lewat malam tadi.
Mangsa, seorang lelaki berusia 6 tahun dan seorang perempuan berusia 4 tahun, dilaporkan hilang selepas kenderaan pacuan empat roda bapa mereka dihanyutkan arus deras.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran, ketika kejadian, kenderaan terbabit sedang cuba melintasi jambatan di kampung tersebut.
"Dua beradik tersebut dipercayai hilang selepas kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu ayah mereka dihanyutkan arus deras ketika melintasi jambatan simen di kampung terbabit.
"Ayah mangsa berjaya menyelamatkan diri namun dua anaknya yang masih di dalam kenderaan dihanyutkan arus deras berikutan air sungai yang naik secara mendadak.
"Dalam kejadian 12.08 tengah malam itu, dua buah rumah yang berada di tepi sungai turut musnah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kenderaan terbabit kemudiannya ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.
Sehingga jam 10 pagi ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba.
Kejadian banjir kilat dan air sungai naik mendadak melibatkan dua batang sungai iaitu Sungai Pampang dan Sungai Liawan.
Banjir turut menjejaskan beberapa buah kampung di sepanjang sungai terbabit.
Ini merupakan kejadian banjir kali ketiga di daerah itu selepas yang pertama dalam tragedi ribut tropika Greg pada 1996.
Kejadian yang berlaku pada 26 Disember itu meragut 238 nyawa selain 102 orang dilaporkan hilang dan tidak ditemui sehingga kini.
Pada 17 Dis 2017 juga, kejadian hampir sama turut berlaku sehingga mengakibatkan 10 buah rumah hanyut di Kampung Pampang.
Astro Awani
Tue Nov 10 2020

Air Sungai Pampang naik mendadak, dua kanak-kanak hilang, dipercayai dihanyut arus deras. - Astro AWANI
![[TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri [TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894249/17218730531615193393752_640x360.jpg)
[TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin #AWANIterkini #HapusCOVID19

Jenayah | Cubaan seludup 14,880 ekstasi ke Indonesia gagal
Cubaan menyeludup dadah 14,880 biji pil ekstasi ke Indonesia digagalkan polis dalam sekatan jalan raya di kilometer 30 Jalan Serian. Dalam Ops Benteng di Tebedu 5 Mac lepas, seorang lelaki berusia 35 tahun dan wanita 38 tahun ditahan bersama lebih 14 ribu biji pil ekstasi bernilai RM260 ribu.

Kronologi kes rasuah Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 masih rendah di Pulau Pinang
Kerajaan Pulau Pinang sasar 1.3 juta rakyat akan daftar, tetapi setakat ini hanya 113,672 individu yang berbuat demikian.

Jenayah | Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja perempuan 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian 15 Februari lalu

PRU15: PH mula agihan kerusi termasuk bersama 'parti sahabat' - Anwar
Proses rundingan itu bukan sahaja melibatkan parti komponen PH malah parti-parti 'sahabat' yang mempunyai asas perjuangan yang sama.

1,529 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini, terendah pada 2021 - KP Kesihatan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam laman Twitternya berkata, Selangor menjadi negeri penyumbang kes baharu tertinggi dengan 726 kes.

AWANI Ringkas: 139,720 telah disuntik vaksin setakat 7 Mac | Kerajaan batalkan janji temu individu tidak patut senarai

Pak Ungku usaha bawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar negara - Muhyiddin
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan intelektual awam yang tidak mementingkan diri dan membawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar kepada negara.

COVID-19: KKM putuskan beri peranan pengamal perubatan swasta agih vaksin
Protect Health Corp Sdn Bhd dilantik sebagai pelaksana pengamal perubatan swasta dalam program pelalian itu.

Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun dengan mengacu pisau di leher
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa.

Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

432 petugas barisan hadapan di Bekenu divaksin
Kesemua petugas barisan hadapan itu menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech

38 kanak-kanak Myanmar mangsa pemerdagangan manusia di Selayang diselamatkan
Pemeriksaan di sebuah kilang membuat pelitup muka menemukan kumpulan kanak-kanak berusia antara 13 hingga 18 tahun yang bekerja di premis itu.

Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandangan dekati al-Quran
Mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

'Pengasuh tinggal sekejap dalam besen untuk ambil tuala'
Walaupun sedih dengan kejadian itu, dia dan keluarganya tidak menyalahkan wanita yang juga pengasuh anaknya ke atas insiden yang berlaku.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Polis tahan pengasuh
Wanita berusia 43 tahun dari Permatang Damar Laut itu ditahan pada jam 12 tengah hari Rabu.