awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak lemas dalam kolam udang

Bernama
Bernama
01/11/2023
15:46 MYT
Dua kanak-kanak lemas dalam kolam udang
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, serta sepupunya, Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3. - Gambar Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam sebuah kolam ternakan udang berdekatan rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda dekat sini, petang tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, serta sepupunya, Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3.
Bapa Muhammad Aidil, Mohd Ali Abdul Rahman, 48, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di kolam udang tersebut sebelum isterinya memaklumkan mengenai kehilangan anaknya serta anak saudara mereka.
"Muhammad Aidil merupakan anak keenam daripada tujuh beradik dan selalu ikut saya ketika saya bekerja di kolam udang.
"Sebelum kejadian saya lihat dia dan sepupunya bermain dengan arnab peliharaannya di bawah bangsal, berhampiran kolam udang itu. Selang beberapa minit, mereka berdua tidak kelihatan, hanya tinggal arnab di situ," katanya ketika ditemui pemberita di Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda dekat sini, hari ini.
Mohd Ali berkata usaha mencari kanak-kanak itu akhirnya membawa kepada penemuan jasad mereka di dalam kolam udang, selepas pukat di dalam kolam ditarik ke atas.
"Saya kata ya Allah! sahih anak aku dok dalam kolam ni dah, tawakal...saya cuba tarik pukat dan terasa berat lantas meminta bantuan jiran untuk menarik pukat tersebut.
"Bila tarik pukat kali pertama, terus dapat sepupunya, tarik kali kedua tak dapat, tarik ketiga baru dapat anak saya," katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda dan mereka disahkan telah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kolam ternakan udang
#ditemukan lemas
#anak keenam
#menerima laporan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan