awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak lemas di Jempol

Bernama
Bernama
15/11/2017
15:56 MYT
Dua kanak-kanak lemas di Jempol
Mangsa dikatakan keluar memancing di sebelah rumah mereka dan berkemungkinan tergelincir jatuh ke dalam kolam tadahan itu. - Gambar hiasan
Dua beradik berusia enam dan 10 tahun ditemukan lemas dipercayai tergelincir dalam kolam tadahan di Kampung Padang Lalang, Juaseh, Jempol di sini, 6 petang tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata kedua-dua kanak-kanak malang itu ialah Muhammad Solehudin Mohd Nasir, 6, dan kakaknya Ainul Batrisyah Mohd Nasir, 10 tahun.
"Mangsa dikatakan keluar memancing di sebelah rumah mereka. Jarak antara lokasi dengan rumah mereka kira-kira 200 meter. Kedua-dua mereka berkemungkinan tergelincir jatuh ke dalam kolam tadahan itu," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata Ainul Batrisyah ditemui pada pukul 6.20 petang manakala Muhammad Solehudin, lima minit kemudian.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat," katanya.
Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.03 petang dan tiba ke lokasi kejadian bersama 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, 16 minit kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jempol
#kolam tadahan
#lemas
#mangsa
#meninggal dunia
#Negeri Sembilan
#Norazam Khamis
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan