awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak mati lemas terjatuh dari jentera pembajak

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
03/04/2017
14:47 MYT
Dua kanak-kanak mati lemas terjatuh dari jentera pembajak
Mangsa, Nur Ainy Dania Azman, 7 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian apabila badannya tersangkut pada mata jentera pembajak yang tenggelam.
Dua kanak kanak perempuan mati lemas apabila traktor mini yang dinaiki bersama dua ahli keluarga mereka terjunam ke dalam sungai.
Kejadian berlaku di Kampung Chegar Malok, Jerteh di sini kira-kira jam 5.50 petang tadi.
Mangsa, Nur Ainy Dania Azman, 7 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian apabila badannya tersangkut pada mata jentera pembajak yang tenggelam.
Mangsa seterusnya, Rabiatul Adawiyah Sayuti, 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam. Namun, beliau disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.
Pemandu jentera berkenaan, Salim Deraman, 46 tahun dan kanak-kanak perempuan, Nur Lia Emilia, 10 tahun dilaporkan selamat.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jerteh, Mustafa Ismail berkata, satu pasukan bomba bersama lima anggota pada jam 6.18 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Menurut Mustafa, kejadian dikatakan berlaku apabila jentera terbabit gagal mendaki bukit di kawasan berkenaan mengakibatkan sebahagian kenderaan tenggelam ke dalam sungai.
Beliau berkata, bomba dengan bantuan penduduk terpaksa membuka bahagian mata bajak untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Jenazah kedua dua mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Besut
#Hospital Besut
#Kanak-kanak
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan