JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menahan dua kapal tangki dipercayai memindahkan minyak bahan api marin (MFO) bernilai RM24.5 juta secara haram, di timur Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata penahanan itu melibatkan 7,000 metrik tan MFO dan dua kapal yang berdaftar dari Pulau Pinang dan Panama itu ditahan di kedudukan 32 batu nautika timur Tanjung Sedili Besar, antara 10.50 pagi hingga 11.30 pagi.
"Kapal tangki yang berdaftar dari Pulau Pinang itu dikendalikan 10 orang kru termasuk seorang warganegara tempatan, lapan warga Indonesia dan satu dari Myanmar, manakala bagi kapal tangki yang berdaftar dari Panama pula dikendalikan 18 orang kru terdiri daripada 12 orang warganegara India dan enam warga Pakistan.
"Kesemua mereka berusia antara 25 tahun hingga 59 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka dipercayai melakukan pemindahan minyak itu bagi mengelakkan keperluan mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Malaysia," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan menyiasat semua aspek termasuk sama ada minyak tersebut datang daripada sumber sah atau haram dan kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Selain itu, Nurul Hizam berkata dua kapal terdiri daripada kapal dagang berdaftar di Douglas, Australia dan kapal tangki berdaftar di Zanzibar, ditahan atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran pada operasi yang sama.
Sepanjang tahun lepas, sebanyak 74 kes direkodkan bagi Operasi Jangkar Haram yang menunjukkan trend penurunan bagi denda dan kompaun sebanyak RM1.843 juta berbanding 2021 iaitu 98 kes melibatkan RM2.981 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Dua kapal terdiri daripada kapal dagang berdaftar di Douglas, Australia dan kapal tangki berdaftar di Zanzibar, ditahan atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran pada operasi yang sama. - BERNAMA

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM132,375
JKDM pada mulanya menyita kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung.

APMM gagalkan cubaan seludup rokok kretek bernilai RM2.95 juta
Bot pancung tanpa nombor pendaftaran itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Skim Pemisahan Trafik (TSS) ke Tanjung Sepat.

Maritim Malaysia tumpaskan cubaan seludup 4.8 juta batang rokok
Kesemua rokok kretek berkenaan disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.

Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan lebih 700 anggota baharu, bagi mengisi kekosongan jawatan bagi memantapkan perkhidmatan dalam menjaga keselamatan perairan negara.

10 nelayan Myanmar ditahan bersama satu tan hasil laut
Bot pertama dan kedua masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong dan empat nelayan Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun.

APMM tahan dua bot nelayan gaji warga asing
Kesemua lelaki warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Mayat kanak-kanak lelaki lemas di Bachok dijumpai
Mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari tadi oleh orang awam di Pantai Senok, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.

APMM Kelantan lupus tujuh bot nelayan Vietnam
Tiga daripada bot yang ditenggelamkan merupakan bot nelayan asing yang menggunakan nombor bot tempatan untuk mengaburi mata penguat kuasa.

Maritim Malaysia capai lebih 1,000 kes tangkapan tahun lepas - Saifuddin Nasution
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui operasi yang telah digerakkan oleh agensi itu sepanjang tahun lepas.

APMM akan panggil pemilik, keluarga anak kapal MV Dai Cat 06
APMM akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan.

APMM Terengganu tahan tujuh nelayan Vietnam
Bot tersebut ditahan kira-kira 9 pagi di sekitar 135 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu.