Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga kota dalam meringankan beban kewangan, malah ada yang berniaga kecil-kecilan dan ada yang melakukan kerja sampingan pada masa cuti.
Bagi pemandu Zainal Nordin, 55, beliau telah pun melakukan dua pekerjaan sejak 15 tahun lepas dan mengakui pekerjaannya itu banyak membantu mengurangkan beban kos sara hidup.
Bapa kepada lima anak itu berkata dalam menjalankan dua pekerjaan, kerja utama perlu dititikberatkan, berbanding kerja sampingan.
"Ini memerlukan disiplin. Selain itu, fokus dan komitmen yang tinggi perlu ada dalam menyiapkan sesuatu kerja supaya saya dapat membahagikan masa bersama keluarga dengan bercuti dan sebagainya," katanya yang terlibat menjalankan aktiviti pembinaan secara kecil-kecilan.
Zainal berkata dengan pendapatan daripada dua pekerjaan ini, beliau mampu untuk hidup lebih selesa serta memberikan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya, terutama dalam menanggung kos pendidikan anak-anaknya.
Bagi eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nur Aina Ramlan, 27, berkata beliau menggunakan internet untuk menjual kain dan dadih untuk menambah pendapatannya.
"Kita tidak boleh mengharapkan kepada satu sumber pendapatan sahaja lebih-lebih lagi saya bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini," katanya.
Beliau berkata pendapatannya RM2,500 sebulan tidak cukup untuk menyediakan barangan perkahwinan seperti hantaran dan sebagainya.
"Memandangkan kos untuk semua keperluan kahwin semakin meningkat, saya mengambil keputusan untuk menjual kain dan dadih secara dalam talian dan ia boleh dilakukan di rumah tanpa perlu modal yang banyak untuk membuka kedai atau gerai.
"Saya akui ia bukan mudah melakukan dua kerja dalam sehari kerana ia sememangnya mengganggu kualiti kerja saya dan tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan," katanya.
Sementara itu, Farrah Wahidah Saari, 26, yang mempunyai pekerjaan tetap mula serius berkecimpung dalam membuat kraftangan selepas menamatkan pengajiannya pada 2014.
Jurutera di sebuah syarikat konsultan di sini, mengambil tempahan kraftangan diperbuat daripada tanah liat yang dibuatnya sendiri pada hujung minggu.
Farah berkata pada awalnya beliau membuat kraftangan itu hanya kerana minat namun, nekad untuk menjadikan ia sebagai punca pendapatan tambahan bagi menikmati keselesaan hidup.
"Kerja sebagai jurutera memerlukan saya untuk kerja lebih masa dan kadang-kadang sehingga lewat malam manakala aktiviti perniagaan ini hanya saya lakukan pada cuti hujung minggu bagi mengelakkan masa cuti saya dibazirkan begitu sahaja," katanya.
Bagi Mohd Izzuddin Hassan, 30, yang bekerja sebagai jurujual, dan juga sebagai penghantar makanan segera berkata beliau perlu bekerja keras mengumpul duit simpanan untuk mendirikan rumah tangga.
"Saya tidak mahu menanggung hutang bank atau keluarga kerana kelak saya juga yang akan dibebani dengan pelbagai masalah," katanya.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Melakukan dua kerja memerlukan disiplin, fokus dan komitmen yang tinggi. - Gambar illustrasi Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dua kerja perlu untuk ringan beban kewangan
Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga kota dalam meringankan beban kewangan, malah ada yang berniaga kecil-kecilan dan ada yang melakukan kerja sampingan pada masa cuti.