awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kes HFMD dikesan di Pahang

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
26/05/2022
03:45 MYT
Dua kes HFMD dikesan di Pahang
Pegawai kesihatan memeriksa tangan dan kaki seorang kanak-kanak di sebuah pusat asuhan di daerah Pekan pada Rabu. -Astro AWANI
KUANTAN: Dua kes bergejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam operasi bersepadu pemantauan dan penilaian penyakit berjangkit pada Rabu.
Menurut Pengarah JKNP, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, dua kes itu melibatkan kanak-kanak berusia empat dan enam tahun yang kemudiannya dirujuk ke klinik berdekatan.
"Kita berjaya mengesan dua kes HFMD selepas 10 pasukan dianggotai 29 pegawai dari JKNP dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan menjalankan pemeriksaan di 66 pusat asuhan iaitu taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika).
"Malah, kita dapati ada ibu bapa masih menghantar anak bergejala atau tidak sihat ke taska dan tadika.
"Ada pusat asuhan tidak menyediakan bilik isolasi dan tidak melaksanakan saringan di pintu masuk. Selain itu, amalan kebersihan tangan dan sanitasi masih rendah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau menjelaskan beberapa penambahbaikan perlu diambil termasuk melakukan pemantauan berkala di pusat asuhan.
Katanya, pelaksanaan 'town hall meeting' sesi kedua peringkat daerah perlu diadakan dan saringan di pintu masuk perlu diperkasakan oleh pemilik premis.
Dr Nor Azimi menambah, dalam operasi lalu, beberapa aktiviti dijalankan termasuk memberi penerangan berkenaan situasi dan aktiviti pencegahan serta kawalan HFMD.
"Kita turut memberi penerangan berkaitan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak dan pengukuhan saringan kemasukan 'gate keeping' ke taska atau tadika,.
"Di samping itu, edaran poster dan risalah HFMD, pengesan kes aktif (ACD) dan tunjuk cara proses disinfeksi serta sanitasi mengikut garis panduan ditetapkan turut dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan sehingga 12 Mei lalu, sebanyak 1,288 kes HFMD direkodkan di Pahang.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 138 kes atau 10.7 peratus dikenal pasti hasil dari penularan yang berlaku di 27 buah taska, tadika dan prasekolah seluruh negeri, manakala 1,150 kes (89.3 peratus) berlaku secara sporadik," ujarnya.
Topic Berkaitan
#HFMD
#JKNP
#Nor Azimi Yunus
#Operasi Bersepadu Pemantauan dan Penilaian Penyakit Berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan