awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/11/2021
15:01 MYT
Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo, berkata kes pertama dilaporkan pada 18 November disusuli dengan kes kedua pada 25 November 2021. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo, berkata kes pertama dilaporkan pada 18 November disusuli dengan kes kedua pada 25 November 2021.
“Kedua-dua kes jangkitan terbabit mengakibatkan mangsa meninggal dunia.
“Sehingga 25 November, jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di negeri Kedah pada tahun 2021 adalah 10 kes berbanding lapan kes pada tempoh yang sama tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus. Tiga daripada 10 kes telah meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jelas Dr Othman langkah pengawalan wabak telah dilaksanakan serta-merta oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan semburan ruang termal dan larvasiding di lokaliti kediaman pesakit dan tempat berisiko di lokaliti wabak. Turut dilakukan pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terlibat dan kajian entomologi oleh Pegawai Sains Kaji Serangga di lokaliti wabak.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit kepala dan muntah.
Topic Berkaitan
#Japanese Encephalitis
#Kedah
#Kota Setar
#JE
#dua kematian
#Dr Othman Warijo
#JKN Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan