awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri - KKM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/08/2021
05:04 MYT
Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri - KKM
Pusat Racun Negara mengesan dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri. - Gambar fail/Facebook@prnusm
KUALA LUMPUR: Pusat Racun Negara mengesan dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun yang mengambil satu biji Ivermectin.
"Akibatnya, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.
"Kes kedua pula, seorang warga emas dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekali gus," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Sabtu.
BACA: Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
BACA: COVID-19: KKM pertimbang lulus penggunaan Ivermectin
VIDEO: Isu penggunaan Ivermectin: Hampir 8 minit 'bertikam lidah'
Mengulas lanjut, KKM memberi amaran setakat ini, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Namun, didapati terdapat aktiviti penjualan ubat ini secara tidak sah sedang berlaku.
"Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.
"Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut, dan pening.
"Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian dan malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini.
Oleh itu, KKM menyeru orang ramai mengelakkan pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#muntah
#sesak nafas
#warga emas
#pil Ivermectin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan