awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kluster di Telupid, Kinabatangan sumbang peningkatan kes harian Sabah

Bernama
Bernama
08/08/2021
16:23 MYT
Dua kluster di Telupid, Kinabatangan sumbang peningkatan kes harian Sabah
Sabah merekodkan 1,379 kes positif COVID-19 dengan 128 daripadanya dikesan menerusi dua kluster sedia ada di Telupid dan Kinabatangan, menjadikan kumulatif 93,835 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1,379 kes positif COVID-19 hari ini dengan 128 daripadanya dikesan menerusi dua kluster sedia ada di Telupid dan Kinabatangan, menjadikan kumulatif 93,835 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kedua-dua kluster sedia ada itu ialah Kluster Gambaron 2 di Telupid yang merekodkan 68 kes dan Kluster Pauh di Kinabatangan dengan 60 kes sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes harian di negeri itu hari ini.
"Secara keseluruhannya, saringan kontak rapat menyumbang kes baharu terbanyak iaitu 752 kes atau 54.53 peratus, saringan bergejala (265), saringan kluster (172), saringan bersasar (99) dan lain-lain saringan (91).
"Terdapat 17 kes melibatkan OKT (Orang Kena Tahan) sama ada di penjara atau pusat tahanan sementara Imigresen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi yang juga jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19 berkata penambahan kes baharu dikesan di kawasan bandar menunjukkan jangkitan mudah terjadi di tempat kerja dan semasa interaksi sosial, justeru rakyat digesa mematuhi prosedur operasi standard terutama mengamalkan penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka selain tidak keluar rumah kecuali perlu.
Sementara itu, Masidi berkata seramai 463 pesakit COVID-19 di Sabah sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan kumulatif 81,713 orang.
Beliau berkata seramai 4,663 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,083 orang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam (3,340), pusat tahanan sementara dan penjara (233) manakala tujuh orang di fasiliti swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#kluster
#Telupid
#Kinabatangan
#COVID-19
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan