awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didakwa bunuh warga Pakistan

Bernama
Bernama
26/07/2022
09:05 MYT
Dua lelaki didakwa bunuh warga Pakistan
Polis sebelum ini menahan dua lelaki tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel selepas terjatuh dari tingkat 17.- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kondominium di Kelana Jaya, awal bulan ini.
S. Kumara Rao, 55, dan R. Ramesh, 45, didakwa bersama-sama membunuh Qadir Muhammad, 35, di Tower A-17-12, Bangunan Zenith Residence Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, pada 8.48 malam, 11 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel selepas terjatuh dari tingkat 17 kondominium di Kelana Jaya, 12 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dituduh bunuh
#warga Pakistan
#kondominium
#Kelana Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan