KUALA TERENGGANU: Dua lelaki, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes laga ayam, tiga tahun lepas.
Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membuat keputusan itu selepas Mohd Nazir Mohd Dagang, 47, dan Mohd Raimi Manaf, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 32 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan satu perlagaan haiwan iaitu ayam di gelanggang laga ayam sebuah bangsal belakang rumah di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Nerus pada 4.15 pagi, 3 September 2020.
Hakim menetapkan hukuman denda RM20,000 atau enam bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar dan Fazlizan Ishak Khan.
Mohd Nazir yang merupakan pengusaha keropok lekor diwakili peguam Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad, manakala Mohd Raimi, seorang juruteknik, diwakili peguam Najmi Adila Mohd Nasir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Mereka didakwa menyebabkan satu perlagaan haiwan iaitu ayam di gelanggang laga ayam sebuah bangsal belakang rumah di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Nerus pada 4.15 pagi, 3 September 2020. - Gambar hiasan/Pixabay
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Dua lelaki didenda RM20,000 laga ayam
Hakim menetapkan hukuman denda RM20,000 atau enam bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.