JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar di sini, 22 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan pada Ahad lepas dan semalam, di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka susulan kemalangan yang menyebabkan motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan kecil.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada lelaki itu positif terhadap dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan mempunyai dua rekod lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Raub mereka direman empat hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182 323 atau Pengawai Penyiasat Nik Mohamad Amirul Fikrie Nik Zulkifli di talian 013-3416394.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi sembilan saat menerusi media sosial memaparkan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas. - Gambar hiasan

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.
Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia - Lavrov
Menteri Luar Rusia menyifatkan Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia berikutan penyaluran bekalan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.

LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.

Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga
Ujian saringan awal ke atas suspek itu mendapati dia positif dadah jenis morphin.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Tiga termasuk dua warga emas ditahan bantu siasatan kes gaduh
Polis menahan tiga lelaki termasuk dua orang warga emas bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan membabitkan pelanggan dan penghantar makanan.

Polis tahan 7 lelaki pukul dua pemuda gara-gara Mobile Legend
Pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.

Polis buru dua lelaki terlibat kes pukul akibat perselisihan faham di Facebook
Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisihan faham di laman Facebook.

Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu
Polis sedang memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan pergaduhan dipercayai berkaitan perebutan teman wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran di sini 24 Mei lalu.

Rusuhan di Matang: Polis tahan tujuh lelaki tempatan, serang tiga individu
Polis Sarawak menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes rusuhan di sebuah kedai makan di Matang, lewat malam Sabtu.

17 remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh
Kesemua remaja yang ditahan berusia antara 14 hingga 20 tahun.

Gantung diri selepas tikam mati rakan sekerja
Bunyi pertengkaran antara dua pekerja kedai runcit menggemparkan penduduk di Jalan 10, Taman Selayang, Selangor.