awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan cuba sogok pegawai kanan polis RM25,000

Bernama
Bernama
30/06/2022
13:52 MYT
Dua lelaki ditahan cuba sogok pegawai kanan polis RM25,000
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, dekat sini, semalam.
Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kedua-dua lelaki berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya.dalam operasi itu, polis turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka berusia 26 dan 30 tahun.
"Kami merampas 34,536 tin dan 889 botol minuman keras, dua kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai RM42,157 dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,228,391," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata seorang daripada empat lelaki yang ditahan pernah melakukan kesalahan sama pada 16 Mac lepas dengan nilai rampasan RM736,658.
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
"Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama polis dan SPRM dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan ketelusan operasi yang dijalankan agar lebih berintegriti dan efektif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sogok polis
#Rasuah
#kepong
#Setiausaha Polis Malaysia
#Noorsiah Mohd Saaduddin
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan