BENTONG: Polis Bentong mengesahkan kejadian pergaduhan di daerah itu susulan tular klip rakaman video pergaduhan di laman sosial Facebook milik 'Aung Phyo Thu' itu pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, pergaduhan itu berlaku kira-kira jam 3 pagi pada 23 Januari lalu.
Menurutnya, mangsa seorang lelaki warganegara tempatan berusia 18 tahun yang merupakan seorang pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.
"Mangsa telah membuat laporan polis kira-kira jam 4.13 petang pada 23 Januari lalu.
"Siasatan awal berdasarkan rakaman percakapan mangsa mendapati mangsa dan abang mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan pasar Bentong," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar beliau, susulan itu, dua lelaki warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun ditahan kira-kira jam 3.45 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada 25 Januari lalu bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," jelas Zaiham.
Sementara itu, beliau meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
"Pihak polis juga ingin turut merakamkan jutaan terima kasih kerana menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan," ujar Zaiham lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 05 2023

Pada Sabtu, tular satu klip rakaman video yang menunjukkan pergaduhan yang berlaku di hadapan pasar di Bentong, pada kira-kira jam 3 pagi 23 Jan lalu. - Foto ihsan PDRM/Sinar Harian

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Empat lelaki ditahan, gaduh di Mentakab
Kesemua suspek berusia 25 hingga 54 tahun ditahan selepas menerima maklumat awam.

Fyna Jebat syukur hubungan dengan madu kini baik selepas insiden gaduh di restoran
Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu.

Tiga termasuk dua warga emas ditahan bantu siasatan kes gaduh
Polis menahan tiga lelaki termasuk dua orang warga emas bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan membabitkan pelanggan dan penghantar makanan.

Polis tahan 7 lelaki pukul dua pemuda gara-gara Mobile Legend
Pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.

Polis siasat kes gaduh di tengah jalan
Semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.

Keluarga dakwa Shuhada cedera ditumbuk Hafidz Roshdi tiga kali
Ahli keluarga itu berkata Shuhada kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selain laporan polis juga sudah dibuat.

Video gaduh tular: Polis kesan individu terbabit, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Insiden kekecohan itu dilaporkan berlaku di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Ahad lalu.

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Guru, netizen perlu elak sebar video pergaduhan di sekolah - Fadhlina
Semua guru serta netizen di negara ini disaran tidak menyebarkan sebarang rakaman video melibatkan insiden pergaduhan di sekolah.

6 lelaki ditahan gaduh di hadapan klinik kesihatan
Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.