LUMUT: Dua lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu.
Majistret A Hafiizh Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu ke atas Sulaiman Janalun, 36, dan Mizwan Zakaria, 26, yang bermula dari tarikh mereka ditangkap, pada Jumaat lepas.
Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan klinik Mediclinic Sinaran, Taman Sentosa, Sitiawan di sini, kira-kira 12.30 tengah hari, 21 Jan lepas.
Mereka ditahan dalam Ops Jala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya di klinik berkenaan ketika ingin melakukan Rapid Test Kit (RTK) antigen dan PCR sebelum diterima bekerja di kilang di kawasan berhampiran.
Mengikut pertuduhan, Sulaiman didakwa tanpa kuasa yang sah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama 'Mohamad Ridwan Bin Duraman' sebagai pengenalan diri manakala Mizwan menggunakan kad pengenalan atas nama 'Al Adzmi Bin Seid'.
Pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan-Peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zulkifli Idris manakala Sulaiman dan Mizwan tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Sulaiman merayu hukuman ringan atas alasan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak manakala Mizwan memohon maaf atas kesalahan dilakukan dan meminta supaya dibenarkan pulang ke negara asal secepat mungkin.
Zulkifli bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka kerana kesalahan dilakukan amat berat, berkaitan kepentingan awam dan keselamatan negara selain untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
Mereka masing-masing datang dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk bekerja sebagai jurukimpal yang diuruskan ejen pekerjaan.
Semakan pihak berkuasa mendapati dua lelaki berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri dan mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut di Sabah pada harga RM350 dan RM500.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Semakan pihak berkuasa mendapati dua lelaki berkenaan mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut di Sabah dengan harga RM350 dan RM500. - Bernama

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Dua lelaki Filipina dipenjara enam bulan guna kad pengenalan palsu
Mereka ditahan dalam Ops Jala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya ketika ingin melakukan Rapid Test Kit (RTK) antigen dan PCR.