awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki lolos ditahan semula

Bernama
Bernama
03/06/2021
23:10 MYT
Dua lelaki lolos ditahan semula
Suspek pertama ditangkap lebih kurang satu kilometer dari lokasi kejadian manakala suspek kedua pula kira-kira tiga kilometer. - Gambar hiasan
KUALA BERANG: Dua lelaki yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan balik dari Mahkamah Marang ke balai polis, kira-kira 10.45 pagi semalam berjaya ditahan semula.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kedua-dua lelaki terbabit ditemukan di sekitar kawasan kebun kelapa sawit Kampung Temala, Marang, iaitu masing-masing pada 12 tengah hari dan 1.12 tengah hari semalam.
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit merupakan suspek bagi kes curi dan mereka bertindak keluar dari van yang dinaiki selepas bergelut dengan pihak polis.
"Lebih kurang pukul 8.30 pagi, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu telah membawa seramai empat individu ke mahkamah Majistret Marang untuk pendakwaan dan sambung reman.
"Namun, semasa dalam perjalanan balik ke Balai Polis Ajil, lebih kurang 10.45 pagi melalui Jalan Pengkalan Berangan-Ajil, dua suspek yang dikawal di kerusi belakang bertindak menyerang anggota pengiring hingga berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Adli berkata susulan itu seorang daripada suspek tersebut telah membuka pintu bahagian belakang van dan mereka melompat keluar sebelum melarikan diri ke arah ladang sawit di tepi jalan.
Tambahnya, kedua-dua anggota pengiring yang mengalami cedera ringan telah cuba mengejar tertuduh namun gagal.
"Setelah laporan dibuat, operasi mengesan kedua-dua lelaki berkenaan telah dilakukan dengan melibatkan seramai 80 pegawai dan anggota polis serta 50 orang awam.
"Suspek pertama ditangkap lebih kurang satu kilometer dari lokasi kejadian manakala suspek kedua pula kira-kira tiga kilometer," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#suspek
#terengganu
#polis
#Lolos
#melarikan diri
#bergelut dengan polis
#mahkamah
#Marang
#reman
#pendakwaan
#kes curi
#Hulu Terengganu
#Mohd Adli Mat Daud
#kebun kelapa sawit
#Balai Polis Ajil
#Tertuduh
#Kuala Berang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan