awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut dalam pembetung dipercayai pencuri kabel - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/07/2024
08:01 MYT
Dua lelaki maut dalam pembetung dipercayai pencuri kabel - Polis
Kejadian disedari orang awam yang ternampak penutup lubang dalam keadaan terbuka pada jam 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis. - Foto Astro AWANI
KUBANG PASU: Dua lelaki yang ditemui maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kamunting, pada Selasa dipercayai adalah pencuri kabel.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata, hasil siasatan polis menemui kesan kabel dari sebuah syarikat telekomunikasi telah dipotong sebelum kedua-dua suspek terperangkap di dalam lubang sedalam enam meter.
“Kejadian disedari orang awam yang ternampak penutup lubang itu dalam keadaan terbuka pada jam 8 pagi tadi dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.
"Berikutan itu, pihak polis menghubungi syarikat telekomunikasi terbabit dan pihak Bomba untuk memaklumkan perkara itu.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui dua lelaki terbabit dipercayai terperangkap dalam lubang sedalam kira-kira enam meter itu.
"Polis memanggil bantuan daripada pihak Bomba untuk membawa naik mayat dua lelaki terbabit disebabkan keadaan lubang itu agak dalam dan kekurangan oksigen," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Menurut Rodzi, dua lelaki itu dipercayai sudah berjaya memotong kabel syarikat telekomunikasi itu pada lubang pertama yang jaraknya kira-kira 30 meter dari lubang kedua.
Bagaimanapun katanya, ketika hendak memotong kabel di lubang kedua, mereka dipercayai terperangkap dan mati akibat tiada oksigen.
Bagaimanapun setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua lelaki berusia 27 dan 31 tahun itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.
Topic Berkaitan
#maut dalam lubang pembetungan
#Pencuri kabel
#Polis Kubang Pasu
#Rodzi Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan