awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut kereta bertembung treler

Bernama
Bernama
07/12/2023
15:36 MYT
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.
IPOH: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam kejadian yang dilaporkan pada 5.17 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an tersepit dalam kereta jenis Proton Wira dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Anggota bomba yang ditugaskan ke tempat kejadian telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat (pemotong hidraulik/spreader)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sabarodzi berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut, manakala pemandu serta kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya operasi tamat pada 7.39 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta bertembung
#treler
#tasik banding
#Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan