awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang

Bernama
Bernama
01/03/2025
11:42 MYT
Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini. - Foto JBPM/via BERNAMA
SHAH ALAM: Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini.
Beliau berkata bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada 4.54 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.
"Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati bahagian bawah rumah kedai tiga tingkat itu telah musnah 85 peratus dan terdapat tiga kenderaan dalam premis berkenaan. Kita juga dapati ada dua lelaki dianggarkan melecur 75 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini
Seramai 17 pegawai dan anggota serta tiga jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Klang Utara, Klang Selatan dan Kapar dihantar ke lokasi kejadian
Operasi memadamkan kebakaran masih dilakukan dan punca kejadian sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#melecur
#kebakaran bengkel
#Kawasan Perindustrian Sungai Puloh
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan