awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2024
11:10 MYT
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Suspek yang melakukan kesalahan itu dituduh di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek yang melakukan kesalahan itu dituduh di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, kedua-dua suspek mengaku bersalah atas kesalahan dilakukan.
"Pertuduhan tambahan dikenakan ke atas seorang suspek di bawah Seksyen Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Rusdi berkata, motif cubaan suspek menceroboh Istana Negara tidak dapat dipastikan.
Sementara itu bagi kes sepucuk surat amaran dan ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, beliau berkata, pihak polis kini telah merakam percakapan daripada dua saksi.
Jelas beliau, kes masih dalam siasatan lanjut dan tiada sebarang tangkapan dilakukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ceroboh Istana Negara
#kes mahkamah
#mengaku salah
#motif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan