awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
Perhebat gerakan boikot, desak hentikan kekejaman ke atas tahanan Palestin - BDS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kereta bertembung bas transit

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2017
12:17 MYT
Dua maut kereta bertembung bas transit
Kedua-dua mereka maut ditempat kejadian dipercayai akibat tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Saga BLM yang dinaiki. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Dua maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas transit di kilometer 39, Jalan Beruas, Ipoh dekat Bukit Berapit, di sini, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Ahmad Fauzi Saad berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 petang itu, mereka yang maut dikenali sebagai K. Turgkaraaj dan A. Anand Raj masing-masing berusia 30 tahun.
Kedua-dua mereka maut ditempat kejadian dipercayai akibat tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Saga BLM yang dinaiki.
“Kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa dari Parit ke Ipoh dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas tersebut.
“Akibat kemalangan ini dua penumpang kenderaan itu maut di tempat kejadian manakala tiga lagi tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi.
Pemandu serta lima lagi penumpang bas transit berkenaan turut tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Parit, PBK II Salleh Mamat memberitahu pihaknya terpaksa menggunakan perlatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit.
“Anggota telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan rescue tool dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tersebut tamapt sekitar jam 5.15 minit,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#bomba
#Bukit Berapit
#Jalan Beruas
#kemalangan
#Proton Saga BLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan