awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Negeri Sembilan larang minuman keras di taman rekreasi, pantai awam serta-merta
BISNES
Sarawak perlu teroka pasaran baharu - Awang Tengah
MALAYSIA
Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Dua maut, pacuan empat roda rempuh belakang lori di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/07/2025
01:40 MYT
Dua maut, pacuan empat roda rempuh belakang lori di Lebuhraya PLUS
Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat Kuala Kangsar, awal pagi Rabu. - Gambar ihsan JBPM Perak
IPOH: Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat Kuala Kangsar, awal pagi Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 5.51 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi, dengan dibantu anggota dari BBP Kuala Kangsar.
Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis pacuan 4 roda jenis Ford merempuh bahagian belakang sebuah lori lima tan jenis Hino yang membawa muatan baja.
Sebaik jentera tiba di tempat kejadian, didapati terdapat mangsa lelaki, pemandu berusia 25 tahun dan penumpang berusia 22 tahun telah tersepit.
Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi.
Sabarodzi berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidrolik bagi membuat potongan bahagian kereta.
Mangsa kemudiannya dibawa keluar sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Ab Samad tamat jam 7.50 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#dua maut
#pacuan empat roda
#rempuh belakang lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami