awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rompin

Bernama
Bernama
17/05/2025
03:10 MYT
Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rompin
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
KUANTAN: Dua maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah basikal di Kilometer 156, Jalan Kuantan-Johor Bahru, di Rompin awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada kira-kira 3.30 pagi.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah Johor Bahru menuju ke Kuantan melanggar penunggang basikal lelaki berusia 22 tahun yang melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.
"Pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang basikal tersebut lalu terbabas masuk ke dalam tali air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang wanita berusia 36 tahun dari arah Kuantan menuju ke Johor Bahru, turut terkena serpihan komponen kenderaan yang terlibat lalu hilang kawalan dan terjatuh.
Sharif Shai berkata kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki itu maut di tempat kejadian manakala wanita terbabit hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan.
"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Beliau turut memohon saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin Insp Nurul Iffah Kamarrudin di talian 019-916 9509 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#basikal
#Sharif Shai Sharif Mondoi
#Hospital Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami