awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut terperosok bawah lori

Bernama
Bernama
20/12/2019
21:10 MYT
Dua maut terperosok bawah lori
Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori. - Foto JBPM Pahang
Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terperosok ke bawah lori di Kilometer 83 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Karak, Bentong dekat sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata kejadian pada 6.45 petang itu menyebabkan Haris Raffin Mat Saat, 40, dan Mohd Salleh Kassim, 56, maut serta merta akibat cedera parah di kepala.
"Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Proton Iswara dipandu Haris Raffin dari arah Karak ke Mentakab di Temerloh cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya.
"Bagaimanapun pada masa sama, sebuah lori dari arah bertentangan begitu hampir dengan kenderaan mangsa menyebabkan dia tidak dapat mengelak dan terus merempuh sebelum terperosok ke bawah lori," katanya semasa dihubungi Bernama.
Yusuf berkata pemandu lori dan kelindannya yang masing-masing berusia 32 dan 58 tahun bagaimanapun tidak cedera dalam kejadian itu.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerusi kenyataan medianya melaporkan pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori.
Sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak dikejarkan ke lokasi kemalangan sebaik sahaja dimaklumkan pada 6.53 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kemalangan
#mangsa
#maut
#mayat
#Pahang
#terperosok bawah lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan