awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut treler bertembung

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2022
00:15 MYT
Dua maut treler bertembung
Kemalangan membabitkan dua treler menyebabkan dua pemandu maut di Jalan Beluran-Telupid. -Foto Sinar Harian
BELURAN: Dua pemandu maut selepas treler yang dipandu mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, pada pagi Isnin.
Dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dalam perjalanan dari Tongod menghala ke Sandakan manakala sebuah lagi treler tanpa muatan pula datang dari Sandakan menghala ke Tongod.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang tanpa muatan cuba memintas sebuah kenderaan lain di hadapannya lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Tindakan pemandu itu menyebabkan treler berkenaan bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dan akibat kejadian itu kedua-dua pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Kasim berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 90 kilometer.
"Terdapat dua mangsa terlibat membabitkan pemandu kedua-dua lori dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan pasukan bomba hanya menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari," kata kenyataan PGO. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas dua treler
#Beluran
#Ansar Sindrang
#Asri Alimin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan