awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan dilaporkan hilang ditemukan selamat

Bernama
Bernama
11/03/2024
08:10 MYT
Dua nelayan dilaporkan hilang ditemukan selamat
Zakaria (kiri) dan Zahari selamat ditemukan selepas bot dinaiki mereka terdampar di Pantai Tanjung Selangor di Pekan pagi Isnin. -Foto Polis Kuantan
KUANTAN: Dua nelayan yang dilaporkan tidak pulang ke jeti Kampung Baru Beserah di sini selepas keluar memancing di laut pagi Sabtu lepas, ditemukan selamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Zahari Sidek, 57, dan Zakaria Ramli, 57, ditemukan di Tanjung Selangor, Pekan.
"Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan telah digantikan dengan minyak simpanan namun enjin masih gagal berfungsi.
"Mereka tidak melabuhkan sauh bot di laut kerana takut dilanggar kapal besar yang lalu di kawasan terbabit dan hanya membiarkan bot tersebut hanyut sehingga terdampar di tepi pantai Tanjung Selangor, Pekan pada pukul lebih kurang 6 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kedua-dua nelayan itu kemudiannya dibawa pulang ke Beserah di sini oleh ahli keluarga mereka.
Media semalam melaporkan dua nelayan terbabit telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi Sabtu dan sepatutnya pulang ke jeti itu pada 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#jeti Kampung Baru Beserah
#Keluar memancing
#Zahari Sidek
#Zakaria Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan