KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers for Liberty (LFL) menuntut kerajaan masuk campur dalam memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah siasatan sewajarnya berhubung kes penahanan dua peguamnya berkaitan siasatan kes penyelewengan kutipan dana sebuah Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC).
Pengarah LFL, Zaid Malek menegaskan, adalah tidak boleh diterima apabila SPRM menafikan aduan peguam sebelum membuat sebarang siasatan terhadap dakwaan mereka.
Zaid juga menafikan peguam Lai Chee Hoe pernah menjadi pengerusi mahupun ahli jawatankuasa pengurusan bersama JMC tersebut seperti yang didakwa oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam jawapannya pada Selasa.
Menurut Zaid, Chee Hoo hanya bertindak sebagai peguam untuk JMC tersebut pada masa itu.
Dalam masa sama, LFL turut mempersoalkan tindakan SPRM yang mengelirukan berhubung prinsip asas undang-undang bahawa komunikasi antara peguam bela dan anak guamnya mempunyai keistimewaan dan tidak boleh didedahkan olehnya kepada mana-mana pihak lain, walaupun kepada agensi penguatkuasaan.
Susulan itu, dalam kenyataan balas kepada SPRM, Zaid berkata, LFL menuntut jaminan kerajaan terhadap gangguan dan ugutan terhadap peguam kerana menjalankan tugas.
Perkara berkenaan, kata beliau, sesuatu yang tidak boleh diterima dan perlu dihentikan serta-merta.
Sebelum ini, Azam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dua peguam terbabit iaitu Chee Hoe dan Irwin Lo yang dikatakan memfitnah agensi antirasuah itu dalam satu sidang media anjuran LFL pada Selasa lalu.
Azam mengesahkan, Chee Hoe ditahan dan direman sebagai sebahagian siasatan kes itu, manakala keterangan Lo diambil untuk membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan mereka ke atas akaun pengurusan dan penyelenggaraan yang diselenggara jawatankuasa itu serta tiada kaitan kapasiti dua peguam terbabit bagi mana-mana anak guam.
Astro Awani
Wed Jun 12 2024
Zaid menegaskan, adalah tidak boleh diterima apabila SPRM menafikan aduan peguam sebelum membuat sebarang siasatan terhadap dakwaan mereka.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.