Dua murid tahun empat ditemui lemas di Sungai Kampung Pulau Rusa, di sini, petang Jumaat.
Mayat Mohammad Nor Iman Mamat dan Muhammad Aiman Muqriz Abdullah ditemui kira-kira pukul 5 petang semalam oleh penduduk kampung.
Kedua-dua murid Sekolah Kebangsaan Durian Burung itu dipercayai pergi ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Kehilangan kedua sahabat itu disedari penduduk selepas terlihat dua buah basikal di tepi sungai itu.
Curiga dengan keadaan itu, beberapa penduduk kampung menyelam ke dalam sungai sebelum menemui mayat kedua-dua mangsa.
Difahamkan ketika mangsa sedang menyeberangi sungai berkenaan air mula pasang menyebabkan kedua-duanya gagal menyelamatkan diri.
Menurut nenek Mohammad Nor Iman, Siti Fatimah Mohd, 64, beliau hanya menyedari kejadian yang menimpa cucunya itu kira-kira pukul 7.30 malam tadi selepas dimaklumkan ibu saudara mangsa yang sebelum itu menerima maklumat daripada pihak lain menerusi kiriman WhatsApp dan laman sosial Facebook.
"Sebelum itu cucu saya ada meminta memasak nasi bersama daging masak merah untuk hidangan tengah hari tapi mak cik kata nanti petang sikit baru masak.
Sehingga Maghrib mak cik tunggu dia balik ke rumah untuk makan namun tidak balik...sehinggalah mak ciknya menelefon memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat kedua-dua sahabat itu dibawa ke HSNZ untuk siasatan lanjut.
Bernama
Fri Mar 25 2016
Kehilangan kedua sahabat itu disedari penduduk selepas terlihat dua buah basikal di tepi sungai itu. -Gambar hiasan
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Dua pelajar tahun empat dijumpai lemas
Kedua-dua murid Sekolah Kebangsaan Durian Burung itu dipercayai pergi ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira pukul 12.30 tengah hari.