awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelancong asing maut dalam serangan di Uganda

Bernama
Bernama
18/10/2023
02:30 MYT
Dua pelancong asing maut dalam serangan di Uganda
Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana dokumen peribadi mereka turut terbakar. - Foto Twitter/Uganda Police Force
KAMPALA: Dua pelancong asing dan seorang warga tempatan terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki diserang di Taman Negara Queen Elizabeth di Uganda pada Selasa, menurut polis.
"Kami telah menerima laporan mengenai serangan pengganas...kenderaan mangsa dibakar," kata Polis Uganda dalam satu kenyataan.
Polis berkata serangan itu dipercayai dilakukan oleh pemberontak Allied Democratic Forces (ADF) dari negara Republik Demokratik Congo (DRC).
Wakil pengurusan taman negara itu, Bashir Hangi, berkata identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana dokumen peribadi mereka turut terbakar.
Sebelum ini, Presiden Uganda Yoweri Museveni memberi amaran kemungkinan serangan balas ADF berikutan serangan udara tentera ke atas kem mereka di timur DRC.
Sejak November 2022, Tentera Uganda dan DRC telah bekerjasama memerangi kumpulan pemberontak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelancong asing
#Taman Negara Queen Elizabeth
#serangan
#ADF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan