SEMPORNA: Dua pelancong asing maut manakala lima lagi cedera selepas bas pesiaran yang dinaiki mereka bertembung dengan lori membawa muatan buah sawit di Jalan Kalumpang KM20, Jalan Semporna-Tawau di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Mazlan Sarman berkata kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki warga Singapura dikenali sebagai Lee Siong Huat, 60, dan wanita warga Vietnam Ngo Trinh Buu Dung, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang dan lima anggota serta pegawai bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.
"Kejadian berlaku akibat bas persiaran itu bertembung dengan lori sebelum terbabas di tepi jalan. Pemandu lori berkenaan iaitu lelaki berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata tiga mangsa lelaki cedera parah iaitu pemandu bas persiaran warga tempatan berusia 42 tahun dan dua pelancong dari Singapura masing-masing 67 dan 71 tahun.
"Dua lagi warga Singapura iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun serta seorang lelaki 58 tahun mengalami cedera ringan," katanya.
Mazlan berkata oeprasi menyelamat mangsa ditamatkan pada 5.32 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Dua pelancong asing maut manakala lima lagi cedera selepas bas pesiaran yang dinaiki mereka bertembung dengan lori membawa muatan buah sawit. - Foto Sinar Harian
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Thailand lulus visa khas bagi pelancong asing jangka panjang
Kabinet Thailand hari ini secara prinsipnya meluluskan visa khas jangka panjang bagi membolehkan pelancong asing menetap sehingga sembilan bulan.