awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemancing hilang di sungai pedalaman Sarawak ditemui lemas

Bernama
Bernama
18/08/2020
09:38 MYT
Dua pemancing hilang di sungai pedalaman Sarawak ditemui lemas
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa dikatakan hanyut dan hilang dibawa arus deras selepas perahu mereka karam. -Gambar hiasan
Operasi pencarian dua pemancing yang hilang sejak Sabtu malam selepas perahu mereka karam di sungai di Long Aton, kawasan pedalaman di utara Sarawak, berakhir dengan penemuan mayat kedua pagi tadi, selepas mayat mangsa pertama ditemui semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khiruddin Drahman berkata mayat pertama, seorang remaja berumur 14 tahun dikenali sebagai Franky Setiawan Jena ditemukan kira-kira 4.30 petang semalam, sementara mayat kedua dikenal pasti sebagai Eduin Jala, 47, ditemukan pada 8.50 pagi tadi.
"Mayat pertama telah diserahkan kepada pihak polis semalam, sementara mayat kedua yang ditemukan hari ini telah dibawa ke (bandar) Marudi menggunakan helikopter untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp.
Helikopter jenis AW-189 yang dikendalikan Unit Udara Bomba berpangkalan di Miri itu turut terlibat dalam operasi pencarian itu di kawasan pedalaman negeri ini yang terletak kira-kira 235 kilometer dari Marudi yang merupakan bandar terdekat ke lokasi.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa dikatakan hanyut dan hilang dibawa arus deras selepas perahu yang dinaiki mereka bersama-sama tiga lagi rakan terlanggar batu dan karam di sungai berkenaan kira-kira 9.30 malam Sabtu. Tiga lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua orang
#hilang
#lemas
#long aton
#pedalaman sarawak
#pemancing
#perahu karam
#polis
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan