awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemandu kereta tular bergaduh tepi jalan direman empat hari

Bernama
Bernama
28/12/2025
22:45 MYT
Dua pemandu kereta tular bergaduh tepi jalan direman empat hari
Polis menasihati orang ramai supaya berhemah ketika berada di jalan raya serta tidak bertindak mengikut emosi yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna lain.
BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pertengkaran di tepi Jalan Sungai Derhaka di sini, yang rakamannya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata pihaknya mengesan video kejadian itu tular di media sosial pada Sabtu serta mengesahkan telah menerima laporan daripada kedua-dua lelaki yang berusia 27 dan 44 tahun, dengan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 25 Dis lepas apabila berlaku salah faham antara dua pemandu sehingga mencetuskan pertengkaran mulut hingga membawa kepada ugutan jenayah.
"Seorang lelaki didapati bertindak agresif dengan memegang sebatang kayu hoki namun tiada kecederaan dilaporkan, dan kedua-dua lelaki telah ditahan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhemah ketika berada di jalan raya serta tidak bertindak mengikut emosi yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna lain, selain mengingatkan mereka supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menggugat keselamatan awam.
Terdahulu, video berdurasi 37 saat itu tular di media sosial memaparkan pertengkaran antara pemandu kereta Proton Exora dan Perodua Myvi dengan seorang daripada mereka memegang kayu hoki.
Insiden dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Perodua Myvi yang didakwa membuat pusingan U secara mengejut sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pemandu Proton Exora.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#bergaduh tepi jalan
#reman
#gaduh
#kayu hoki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan