awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah

Bernama
Bernama
02/06/2024
06:00 MYT
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Mohd Faizul Mat Nasir dan Mohamad Rasul Mohd Zukri, masing-masing berusia 34 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mohd Faizul didakwa atas pertuduhan menerima suapan RM1,750 pada 16 Julai 2020 manakala Mohamad Rasul didakwa dengan dua pertuduhan menerima suapan keseluruhan berjumlah RM2,550 pada 8 Sept 2020 dan 13 Sept 2020 dan kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Kota Bharu, di sini.
Mereka didakwa secara rasuah memperoleh suapan daripada pemilik syarikat Kalos Enterprise melalui pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank masing-masing sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori kargo milik syarikat itu yang membawa keluar barangan dari kargo KLIA.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali dan Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Adhwa' Afiqah Mohd Azmi.
Mahkamah membenarkan Mohd Faizul dan Mohamad Rasul dijamin masing-masing RM7,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut memerintahkan kedua-dua mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya sekali setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pembantu Penguasa Jabatan Kastam
#Mohd Faizul Mat Nasir
#dituduh rasuah
#Mohamad Rasul Mohd Zukri
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan