awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pendaki UTM berjaya takluk puncak Everest

Bernama
Bernama
23/05/2016
01:35 MYT
Dua pendaki UTM berjaya takluk puncak Everest
Mohd Farul Aidib (gambar) dan Azim Afif berjaya menawan Everest dalam projek pendakian mereka. - Foto sumber Twitter
Dua belia yang masing-masing merupakan mahasiswa dan lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, berjaya menakluk puncak gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan, hari ini.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata kedua-dua pendaki itu adalah Mohd Farul Aidib Mahamad Yusoff, 22, pelajar tahun dua Fakulti Pengurusan dan Azim Afif Ishak, 28, lepasan UTM yang kini menjadi jurulatih Mohd Farul.
"Mereka berangkat ke Tibet pada April lepas dan sepanjang di sana, mereka mendapatkan khidmat seorang sherpa untuk membimbing mereka.
"Mereka mendaki dari Tibet dan memulakan pendakian ke puncak itu dari Kem 3 pada pukul 11.45 malam semalam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wahid yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan itu berkata pencapaian itu dikecapi hasil sokongan dan dorongan semua pihak termasuk penasihat projek pendakian iaitu Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.
Beliau berkata, kedua-dua pendaki itu dijangka pulang ke tanah air pada awal bulan depan dan warga UTM berharap mereka tiba dengan selamat.
Topic Berkaitan
#Gunung Everest
#pendaki UTM tawan Everest
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan