awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengebom berani mati di Syria sah rakyat Malaysia - Hishammuddin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/01/2016
13:41 MYT
Dua pengebom berani mati di Syria sah rakyat Malaysia - Hishammuddin
Dua pengebom berani mati di Syria rakyat Malaysia -Gambar fail
Dua pengebom berani mati yang didakwa meletupkan diri di Syria disahkan warganegara Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu disahkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Tambahnya, ancaman Daesh di Malaysia adalah benar dan usaha memeranginya giat dijalankan kerajaan.
"Melalui diplomasi ketenteraan, Malaysia akan berkongsi maklumat bersama rakan kita di Arab Saudi yang berpengalaman menguruskan isu Daesh ini.
"Saya sendiri dalam minggu akan datang akan pergi ke Arab Saudi bersama wakil dari Indonesia dan Brunei untuk kongsi maklumat berkaitan ancaman Daesh di rantau ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penerimaan Pesawat A400M kedua TUDM di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan mengambil serius sebarang bentuk ancaman yang menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
"Ini termasuk kenyataan sokongan ke atas Daesh seperti yang dikeluarkan Abu Sayaf dan Nur Misuari," katanya.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Daesh
#Hishammuddin Hussein
#IS
#Menteri Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan