awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat terhempas di Klang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2024
08:13 MYT
Dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat terhempas di Klang
Pesawat ringan model BK 160Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC), yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan seramai dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Kampung Tok Muda, dekat sini pada Selasa.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Menurutnya, pesawat ringan model BK 160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC), yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.
"Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1:35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Norazman memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.
Topic Berkaitan
#Penerbangan Awam Malaysia
#pesawat ringan terhempas di Kapar
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#Kapten Norazman Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan