awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000

Bernama
Bernama
22/05/2017
07:38 MYT
Dua pesara TUDM hadapi tuduhan rasuah RM600,000
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di ARG Tech yang beralamat di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dekat sini, pada 14 Dis 2011. - Gambar fail
Dua pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan rasuah sebanyak RM600,000, enam tahun lepas.
Leftenan Kolonel (B) Kamal Baharin Nali, 48, dan Kapten (B) Fadzil Noor Alias, 38, didakwa memperoleh suapan daripada pemilik syarikat ARG Tech Sdn Bhd, Ab Rahim Ghalim melalui peguam, Wan Ahmad Idzham Wan Sulaiman, dalam bentuk dua keping cek Affinbank Bhd yang bernilai RM600,000.
Suapan itu sebagai upah membantu Ab Rahim mendapatkan bayaran tertunggak berjumlah RM14.5 juta bagi 52 invois ARG Tech Sdn Bhd untuk kerja-kerja kontrak.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di ARG Tech yang beralamat di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dekat sini, pada 14 Dis 2011.
Fadzil Noor pula dituduh bersubahat membantu Kamal Baharin menerima suapan itu daripada Ab Rahim melalui Wan Ahmad Idzham, di tempat dan tarikh yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili kedua-dua tertuduh manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadzil Noor Alias
#Kamal Baharin Nali
#pesara
#Rasuah
#Tentera Udara Diraja Malaysia
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan