Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026

Nor Arifin berkata terdapat beberapa kawasan dikenal pasti kerap berlaku kebakaran terbuka atau berpotensi menjadi hotspot, iaitu di Kuala Pilah, Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2. - Foto Facebook JBPM Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan menerima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang bulan lepas, meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 81 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Ringkasan AI
- JBPM Negeri Sembilan catat peningkatan 219 kes pembakaran terbuka bulan lalu, hampir tiga kali ganda berbanding tahun lepas.
- Kebakaran lalang menyumbang kes tertinggi, diikuti pembersihan halaman, sampah, kebun, dan hutan.
- Faktor cuaca ekstrem, tiupan angin kencang, serta pembakaran sengaja antara punca peningkatan kes kebakaran.
"Selain itu, faktor manusia seperti tindakan pembakaran secara sengaja turut menyumbang sebagai antara punca peningkatan kes kebakaran terbuka di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Beliau berkata terdapat beberapa kawasan dikenal pasti kerap berlaku kebakaran terbuka atau berpotensi menjadi hotspot, iaitu di Kuala Pilah, Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2.
Nor Arifin berkata sepanjang tahun lepas, JBPM Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 610 kes membabitkan kebakaran lalang manakala kebakaran sampah (129), hutan (33) dan kebun atau ladang (25).
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia bukan sahaja menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam, malah berisiko menyebabkan kebakaran merebak secara tidak terkawal.
"Jabatan sentiasa bersiap sedia dengan keanggotaan serta kelengkapan peralatan bagi menghadapi sebarang situasi kebakaran. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kebakaran terbuka dapat dibendung sekali gus tidak menjejaskan ekonomi serta ekosistem negara," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang berdepan sebarang insiden kecemasan, boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau balai bomba berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


