awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai

Bernama
Bernama
04/02/2026
03:30 MYT
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
Tiada kecederaan dalam kejadian itu dan semua penumpang turun dari pesawat dengan selamat. - Gambar fail/ Reuters
NEW DELHI: Dua pesawat dilaporkan bergesel di Lapangan Terbang Mumbai, India pada Selasa, namun semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Insiden itu berlaku ketika pesawat Air India penerbangan AI2732 sedang bergerak di landasan untuk berlepas, manakala sebuah pesawat IndiGo sedang bergerak selepas mendarat, menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India dalam satu kenyataan.
"Semasa bergerak di landasan, hujung sayap kanan kedua-dua pesawat telah bersentuhan antara satu sama lain," menurut kenyataan itu.
Media tempatan melaporkan insiden berkenaan berlaku kira-kira 7.30 malam dan semua penumpang turun dari pesawat dengan selamat.
Pesawat Air India itu dalam penerbangan ke Coimbatore, manakala pesawat IndiGo penerbangan 6E791 baru tiba dari Hyderabad.
Kedua-dua pesawat jenis Airbus A320 kini sedang menjalani pemeriksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#kemalangan pesawat India
#Lapangan Terbang Mumbai
#pesawat bergesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan