awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua PPS dibuka di Perak tempatkan mangsa ribut di Perak Tengah, LMS

Bernama
Bernama
14/04/2025
01:20 MYT
Dua PPS dibuka di Perak tempatkan mangsa ribut di Perak Tengah, LMS
PPS di Taiping menempatkan 27 mangsa daripada 14 keluarga sementara di PPS SK Sungai Jejawi terdapat 75 mangsa daripada 17 keluarga. - Foto APM Perak
IPOH: Sebanyak 102 penduduk daripada 31 keluarga yang menjadi mangsa ribut di Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama (LMS) dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak malam semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Serbaguna Taman Kaya di Taiping dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi di Perak Tengah.
"PPS di Taiping yang dibuka pada 7 malam menempatkan 27 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Pak Darus, Taman Damai dan Taman Kaya.
"Begitu juga PPS di SK Sungai Jejawi dibuka 11 malam tadi dengan 75 mangsa daripada 17 keluarga di Kampung Sungai Timah, Sungai Durian, Sungai Buaya, Seberang Perak dan Kampung Belia Sungai Pari ditempatkan di situ," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian petang semalam, hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama pada 4.30 hingga 6.30 petang menyebabkan lebih 50 rumah mengalami kerosakan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada amaran angin kencang dan laut bergelora namun amaran hujan berterusan dijangka berlaku di dua daerah iaitu LMS dan Kerian hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#ribut
#Perak Tengah
#Larut Matang dan Selama
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan