awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua projek sekolah terbengkalai diambil alih JKR

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2015
15:02 MYT
Dua projek sekolah terbengkalai diambil alih JKR
KAMALANATHAN: Kita jangkakan ia akan siap akhir tahun 2016 atau paling awal siap suku pertama tahun 2017.
Jabatan Kerja Raya akan mengambil alih projek pembinaan bagi dua sekolah yang terbengkalai pembinaannya oleh kontraktor yang dilantik sebelum ini.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, P. Kamalanathan, berkata JKR akan mengambil alih pembinaan Sekolah Menengah Song 2 di Kapit dan SMK Singai di Bau.
"JKR telah dimaklumkan perkara mengenai dua sekolah yang terbengkalai itu dan JKR telah mengambil alih projek ini dan mereka akan mengeluarkan tender bagi projek ini dalam masa terdekat.
"Setelah selesai tender ini, setelah dikenalpasti pemaju baru, kita jangkakan ia akan siap akhir tahun 2016 atau paling awal siap suku pertama tahun 2017," katanya selepas selesai mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri di Kuching hari ini.
Beliau juga berkata kontraktor sebelum ini telah ditamatkan kontrak dan turut disenarai hitamkan bagi sebarang projek baru di bawah Kementerian terbabit.
Sementara itu, beliau yang diminta mengulas mengenai projek MyBestarinet yang masih belum dilaksanakan di negeri itu berkata vendor projek terbabit sedang dalam proses rundingan dengan syarikat Sacofa.
"Kita masih menunggu perjanjian dan setelah selesai beberapa perbincangan itu, maka ia dapat diteruskan projek berkenaan," katanya.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat itu adalah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Rakayah Haji Madon.
Topic Berkaitan
#JKR
#kamalanathan
#sekolah
#terbengkalai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan