KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua rakan daripada pertuduhan menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, dan Mohd Fami Sharin, 50, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Mohd Kafli berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kedua-dua tertuduh melakukan penipuan yang menyebabkan mangsa telah diperdayakan.
"Tiada unsur penipuan dapat dibuktikan oleh pendakwaan kerana saksi pendakwaan kedua (SP2) dan saksi pendakwaan ketiga (SP3) dalam keterangan mereka mengakui bahawa mereka secara suka rela menandatangani beberapa siri draf perjanjian bertulis antara syarikat Yummylooks dan Tuntas Abadi serta tiada keterangan menunjukkan kedua-dua tertuduh yang mendorong SP2 dan SP3 untuk menyerahkan wang (RM1,001,650) tersebut.
"Mahkamah mendapati kes ini lebih kepada kes kemungkiran kontrak, maka atas alasan tersebut kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dihadapi mereka tanpa dipanggil membela diri serta wang jamin RM30,000 setiap seorang dikembalikan semula kepada penjamin," kata hakim itu.
Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi, yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn Bhd bahawa kedua-dua tertuduh akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 17 Mac 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili kedua-dua tertuduh.
Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Hakim Mohd Kafli Che Ali membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor (kiri) dan Mohd Fami Sharin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan. - Foto Bernama
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rudingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.
Dua rakan bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta
Mahkamah melepas dan membebaskan dua rakan daripada pertuduhan menipu berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta.