awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan didakwa edar 21kg heroin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2024
04:00 MYT
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin. - Astro AWANI
TAIPING: Dua rakan berhadapan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21.03 kilogram, dua minggu lalu.
Tertuduh, Mohd. Fauzi Mohd. Mokhtar, 42, dan Dzulkarnai Maliki, 47, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu yang masing-masing bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 21,037.10 gram.
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai di Jalan Medan Simpang, Taiping pada pukul 11.15 malam, 3 Mei lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Nishaalini manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.
Pada 6 Mei lalu, media melaporkan dua lelaki berkenaan ditahan selepas pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja yang dinaiki mereka menemukan guni berisi 46 bungkus plastik lutsinar di mana setiap bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin berjumlah 21,037.10 gram.
Berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mula aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak Februari lalu.
Dadah yang dirampas itu dikatakan diperolehi dari kawasan utara Perak dan diedarkan untuk pasaran tempatan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#hukuman mati
#edar dadah
#heroin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan