awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan didakwa tipu skim perumahan, pelaburan babitkan RM326,500

Bernama
Bernama
23/09/2022
09:50 MYT
Dua rakan didakwa tipu skim perumahan, pelaburan babitkan RM326,500
Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung skim perumahan dan pelaburan membabitkan kerugian RM326,500, dua tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung skim perumahan dan pelaburan membabitkan kerugian RM326,500, dua tahun lepas.
Rozma Yunus, 53, dan A. Rajeswary, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Kedua-dua wanita itu didakwa menipu Mohd Rafidy Yaacob, 51, dengan cara memperdayakan mangsa dalam skim perumahan dan pelaburan yang tidak wujud, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM326,500 secara pembayaran tunai dan pindahan wang ke akaun Maybank atas nama syarikat RC Developer Resources milik mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail di sini, pada 13 Jan dan 20 April 2020.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM30,000 setiap seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan menetapkan 28 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn dan Rajeswari diwakili peguam G.Alexander, manakala Rozma tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua rakan
#penipuan
#skim perumahan
#pelaburan
#Rozma Yunus
#A Rajeswary
#Mohd Rafidy Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan