awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA

Bernama
Bernama
26/12/2025
09:38 MYT
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
Surat pekeliling berkenaan dihantar kepada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. - Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan beberapa penambahbaikan berkaitan waktu bekerja dan tuntutan elaun lebih masa susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Dis 2024.
Menerusi penambahbaikan kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.3.1 dan SR.4.4.1, jumlah jam bekerja seminggu bagi pegawai di bawah kategori Waktu Bekerja Bukan Pejabat (WBBP) dikurangkan satu jam kepada 45 jam seminggu termasuk waktu rehat, selaras dengan Waktu Bekerja Pejabat.
Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui surat pekeliling bertarikh 18 Dis, yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.
Surat pekeliling berkenaan dihantar kepada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
"Sebagai panduan kepada kementerian/ jabatan/ agensi, satu Garis Panduan Pelaksanaan Tuntutan Elaun Lebih Masa telah disediakan dan dijadikan lampiran kepada Ceraian SR.4.3.1, manakala Ceraian SR.4.4.1 dipinda sesuai dengan penambahbaikan yang dilaksanakan pada Ceraian SR.4.3.1," katanya dalam pekeliling itu.
Beliau berkata pegawai WBBP turut diberikan fleksibiliti dalam pengiraan tempoh bekerja apabila jumlah 45 jam seminggu boleh dipenuhi secara purata bagi empat minggu berturutan sekiranya jam bekerja bagi sesuatu minggu kurang daripada tempoh ditetapkan.
"Bagi pegawai yang bekerja melebihi 45 jam seminggu atau 45 jam purata empat minggu berturutan, pegawai layak menerima Elaun Lebih Masa mengikut syarat dan kadar yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata pengiraan 45 jam boleh dibuat secara purata bagi empat minggu berturutan untuk tujuan memenuhi syarat 45 jam waktu bekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penambahbaikan waktu kerja
#tuntutan elaun
#lebih masa
#Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
#SSPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan