Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun

Cuaca buruk dijangka melanda kawasan barat Jepun pada hari yang sama, manakala kawasan timur dan timur laut mungkin mengalami keadaan cuaca tidak menentu sehingga Sabtu. -Foto Adobe Stock
TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran mengenai tiupan angin kencang, ribut salji dan ombak besar yang dijangka melanda wilayah barat, timur dan timur laut Jepun, dengan kemungkinan berlakunya kilat, puting beliung, runtuhan salji serta gangguan lalu lintas, lapor Agensi Berita Kyodo.
Ringkasan AI
- Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran mengenai tiupan angin kencang, ribut salji, dan ombak besar yang dijangka melanda wilayah barat, timur, dan timur laut Jepun, termasuk kilat, puting beliung, runtuhan salji, dan gangguan lalu lintas.
- Cuaca buruk dijangka melanda kawasan barat Jepun pada hari yang sama, manakala kawasan timur dan timur laut mungkin mengalami keadaan cuaca tidak menentu sehingga Sabtu.
- Dalam tempoh 24 jam hingga pagi Sabtu, salji dijangka turun sehingga 80 cm di Hokuriku, 70 cm di Tohoku, 60 cm di Kanto-Koshin termasuk Tokyo, kira-kira 50 cm di Hokkaido, dan sehingga 40 cm di Kinki.
Agensi berkenaan turut memaklumkan sehingga 60 cm salji dijangka di wilayah Kanto-Koshin, termasuk Tokyo, sekitar 50 cm di Hokkaido, pulau paling utara Jepun, serta sehingga 40 cm di wilayah Kinki.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan susulan kemungkinan gangguan perjalanan serta keadaan cuaca ekstrem yang dijangka berterusan sepanjang hujung minggu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa amaran yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun mengenai cuaca di Jepun? A: Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran mengenai tiupan angin kencang, ribut salji, dan ombak besar yang dijangka melanda wilayah Jepun, termasuk kilat, puting beliung, runtuhan salji, dan gangguan lalu lintas.
- Q: Berapa jumlah salji yang dijangka turun di beberapa wilayah Jepun mengikut amaran Agensi Meteorologi Jepun? A: Dalam tempoh 24 jam hingga pagi Sabtu, salji dijangka turun sehingga 80 cm di Hokuriku, 70 cm di Tohoku, 60 cm di Kanto-Koshin termasuk Tokyo, kira-kira 50 cm di Hokkaido, dan sehingga 40 cm di Kinki.
- Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada orang ramai berikutan keadaan cuaca ekstrem yang dijangka berterusan? A: Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan susulan kemungkinan gangguan perjalanan serta keadaan cuaca ekstrem yang dijangka berterusan sepanjang hujung minggu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

