awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan kekal bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah lebih RM1 juta

Bernama
Bernama
03/03/2025
07:00 MYT
Dua rakan kekal bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah lebih RM1 juta
Pendakwaam menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Wan Ahmad Farhaan (kiri) dan Mohd Fami Sharin (kanan) daripada pertuduhan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan membebaskan dua rakan daripada satu pertuduhan menipu dua lelaki berkaitan pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Khalijah Mohd Khalid memaklumkan bahawa pihaknya ingin menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Noor, 33, dan Mohd Fami Sharin, 51, daripada pertuduhan itu.
"Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes ini. Mohon rayuan ditarik balik," kata Khalijah.
Peguam Haresh Mahadevan yang mewakili kedua-dua perayu berkata pihaknya tidak membantah perkara itu.
Hakim kemudian membatalkan rayuan berkenaan.
Pada 6 Feb tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Kafli Che Ali melepas dan membebaskan Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi, yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn Bhd bahawa kedua-dua tertuduh akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu hingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 17 Mac 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Ditemui pemberita selepas prosiding, Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami berkata mereka lega kerana pihak pendakwaan menarik balik rayuan dan mereka boleh meneruskan perniagaan dengan lebih lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#sarung tangan getah
#kes mahkamah
#Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan