awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan sekolah lemas mandi sungai di Tambun

Bernama
Bernama
05/03/2019
04:15 MYT
Dua rakan sekolah lemas mandi sungai di Tambun
Difahamkan kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakannnya pergi ke sungai berkenaan untuk bermandi-manda. - Foto Sinar Harian
Dua pelajar lelaki sekolah menengah ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di sungai berdekatan Kampung Tersusun Batu 4, Tambun, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.57 pagi berhubung kejadian lemas membabitkan dua remaja berumur 13 tahun itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Mangsa pertama ditemui kira-kira 10.12 pagi sebelum mangsa kedua ditemukan berdekatan 16 minit kemudian.
"Pencarian dijalankan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan turut dibantu Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakannya pergi ke sungai berkenaan untuk bermandi-manda. - Foto Sinar Harian
Difahamkan kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakannya pergi ke sungai berkenaan untuk bermandi-manda. - Foto Sinar Harian
Menurutnya, mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Katanya, difahamkan kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakannya pergi ke sungai berkenaan untuk bermandi-manda.
Bagaimanapun, kedua-dua remaja itu dipercayai dibawa arus ketika mandi manakala tiga rakannya selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditemukan lemas
#Dua pelajar lelaki sekolah menengah
#Hospital
#Ipoh
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
#lemas
#mayat
#remaja
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan