Dua rakyat Malaysia menerima Anugerah Pemimpin Muda Ratu (Queen’s Young Leaders Awards) daripada Ratu Elizabeth II dalam satu majlis khas di Istana Buckingham, London pada Selasa.
Siva Nagappan Visvesvaran, 20, dan Wen Shin Chia, 26, diiktiraf atas inisiatif dan kejayaan mereka untuk melakukan perubahan kepada kehidupan masyarakat global serta komuniti di Malaysia.
Siva yang berasal dari Selangor menerima anugerah tersebut atas kerja yang beliau lakukan untuk membangunkan penyelesaian baharu untuk menangani masalah alam sekitar di Malaysia.
“Saya berpendapat bahawa persekitaran alam sekitar di Malaysia semakin teruk sejak kebelakangan ini, dan tidak memanfaatkan sistem tenaga yang boleh diperbaharui.
“Jadi saya memulakan satu inisiatif kitar semula di mana saya menggunakan surat khabar terpakai untuk menjadikannya sebuah buku untuk didermakan kepada sekolah-sekolah pelarian di Malaysia,” kata Siva ketika mengulas mengenai projeknya dalam satu video dikeluarkan Queen’s Young Leaders.
Sementara itu, Wen pula diiktiraf bagi kerja yang dilakukannya untuk menangani pencemaran di Malaysia.
“Ia adalah satu penghormatan besar untuk menerima anugerah ini daripada Ratu untuk kerja yang saya lakukan di Malaysia. Saya melalui pengalaman yang cukup bermakna di UK dan bertemu dengan semua pemimpin muda dari seluruh Komanwel.
“Saya telah banyak belajar dalam Program Residensi dan tidak sabar untuk melaksanakan projek ini. Saya amat komited untuk melakukan perubahan demi masa depan negara,” kata Wen.
Sebagai Pemimpin Muda Ratu, Siva dan Wen akan mendapat akses kepada program mentor dan latihan di Institute of Continuing Education, University of Cambridge, yang direka untuk membangunkan kemahiran kepimpinan mereka.
Program tersebut juga memastikan mereka diberi pendedahan secukupnya untuk menangani beberapa isu global.
Pencapaian Siva dan Wen turut diiktiraf Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu entri di laman Twitternya.
Queen’s Young Leaders Awards yang kini memasuki tahun keempat dan terakhir penganjurannya, meraikan pencapaian anak muda yang melakukan perubahan dari seluruh Komanwel.
Kohort tahun ini mempunyai penerima daripada 38 negara Komenwel yang mencari penyelesaian kepada isu global seperti perubahan iklim, kekurangan makanan, keganasan, kesihatan mental dan akses kepada pendidikan.
Hadir sama pada majlis penyampaian anugerah tersebut, Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle. Tetamu jemputan lain termasuk, David Beckham, Sir Lenny Henry, Nicola Adams, Neelam Gill, Caspar Lee, Tina Daheley, Ore Oduba dan Pengerusi The Queen Elizabeth Diamond Jubilee Trust, Sir John Major.
Berucap di majlis anugerah, Duke of Sussex, yang baru-baru ini dinamakan Duta Belia Komanwel berkata, “Dalam dunia yang kian berubah, adalah menakjubkan untuk melihat begitu ramai anak muda di sini yang diiktiraf sebagai pemimpin muda dalam melakukan perubahan ke atas kehidupan masyarakat dunia. Anda adalah harapan dan keyakinan yang diperlukan oleh dunia dan kami semua akan melakukan apa sahaja untuk menyokong anda.”
Kini, rangkaian Queen’s Young Leaders, dilengkapi 240 pemimpin muda dari 53 negara Komanwel. Dalam usaha menyokong aspirasi mereka, dana £200,000 diwujudkan The Queen Elizabeth Diamond Jubilee Trust bagi membolehkan kesemua 240 pemimpin muda ini memohon geran ini yang akan membantu meningkatkan mutu kerja mereka untuk menangani isu-isu yang dihadapi Komanwel.
Malik Ridhwan
Wed Jun 27 2018

Penerima Anugerah Pemimpin Muda bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham. - Foto Queens Young Leaders

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu.
Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas.
Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Niaga AWANI: MEDAC | Memperkasa koperasi untuk pulih ekonomi ahli

Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau masalah kesihatan.

Dua rakyat Malaysia terima anugerah daripada Ratu Elizabeth
Dua rakyat Malaysia menerima Anugerah Pemimpin Muda Ratu (Queens Young Leaders Awards) daripada Ratu Elizabeth dalam satu majlis khas di Istana Buckingham, London.